D'HERBS LUNAS RESDUNG

Assalamualaikum :)

Sudah 2 bulan bercuti di rumah Isnin adalah permulaan untuk sem 5. Nak atau tak tetap kena buat dengan ikhlas. In shaa allah :)

Okey...okey update kali ini bukan hendak menceritakan tentang sem baru tapi produk baru yang zira baru cuba iaitu D'HERBS LUNAS RESDUNG...Siapa dah cuba angkat tangan! hehehe SAYA! tapi baru nak mencuba... Produk ini dah lama zira intai tapi baru sekarang mencuba sebab sebelum ini rasa muka macam okey resdung macam tak teruk tapi sejak-sejak ni muka gatal sangat sampai merah kawasan T hidung dan plus mengelupas. Time nak mula sem ini lah muka macam nak jadi @_@ !

So di sebabkan tidak tahan gatal zira ambil keputusan untuk cube LUNAS RESDUNG ni satu set beli dengan harapan produk ini berkesan pada muka. Set LUNAS RESDUNG ada Sabun, Bedak herba (mcm bedak sejuk) dan Pil Resdung. Semuanya okey tapi ada satu tak iaitu pil sebab... SAYA TAKUT NAK TELAN PILLLLLL! :(
Itu masalah dari kecik lagi memang susah nak telan pil yang boleh telan pil selsema dengan panadol sahaja :(

Disebabkan nak kesan yang in shaa allah baik jadi telan jugak. Alhamdulillah boleh telan pil dah beberapa hari ini.. Setakat ni gatal-gatal pada muka dah berkurang, cuma ada kesan merah-merah pada kawasan T hidung dan mengelupas sedikit.. Ada sesetengah individu yang kata akan timbul  jerawat dalam 2-3 minggu sampai tahap bernanah, hope sangat zira tak sampai ke tahap yang mengerikan itu.

 Inilah Set LUNAS RESDUNG

Harap sangat produk ni serasi dengan zira, memberi kesan yang baik selepas dah gunakan dalam beberapa minggu.. So pada sesiapa yang ada masalah resdung awak semua boleh cuba Set LUNAS RESDUNG in shaa allah berkesan untuk anda. Anda perlu cepat-cepat cari ubat, kerana resdung boleh membawa maut pada seseorang itu jika tidak dirawat. Selamat Mencuba :)

Dah baca? Tekan follow dekat tepi tu :p
Follow : Twitter @azierazera /  Instagram : aziera_zera
Nakk commnt? BOLEH! :D

Saya kembali !

Assalamualaikum.. Apa khabar?
Lama sungguh tak bukak bby blog zyra.. Rindu sangat.. 
Sekarang zyra tengah cuti sem dua bulan tapi dah nak naik sem dah awal bulan 6 ni.. tak sabar, rindu kawan kawan tapi tak tau lh dieorg rindu zyra ke tak :( emmm..
Hehehe takpe lh sedih sedih xelok untuk diri, hidup kite kene happy.. Dua bulan duduk rumah badan ku sudah naik berat.. huhuhu.. So sekarang zyra kena kawal makan dan bersenam..Hope berjaya turunkan walaupun sikitpun takpe lah.. hehehe.. Okey sayang, zyra nak out dulu ada kerja sikit nak buat.. see u.. tata.. Assalamualaikum..